


Ingin mengetahui menu cara membuat sotong dakwat..?? Sila ke azrinbasis.blogspot...



Gambar ini diambil pada suatu malam ketika saya dan beberapa orang rakan sedang dalam perjalanan ke sebuah restoran mapley di Putrajaya. Ketika dalam perjalanan, kami melalui sebuah kedai pameran kereta Perodua Myvi. Lalu kami pun singgah sebentar untuk melihat kereta pameran tersebut dari luar kerana kedai sudah tutup sebab hari sudah malam.
Gambar ini pula diambil ketika saya berada di Penang International Sports Arena (PISA) di Pulau Pinang semasa program Gegar U. Ini merupakan gambar dari pandangan atas sebuah tapak permainan kota sesat. Pemain perlu berhati-hati kerana terdapat "lorong yang bukan lorong" kerana sebenarnya ia hanyalah cermin.